Aduan tak diendah, penduduk tampal sendiri jalan raya - Utusan Malaysia

Aduan tak diendah, penduduk tampal sendiri jalan raya

KEADAAN kerosakan laluan di Jalan Kebun Sayur di Bukit Naning, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Selepas gagal diambil perhatian, penduduk mengambil langkah menampal sendiri jalan yang berlopak sebagai alternatif untuk memudahkan orang ramai menggunakan laluan itu bagi kegunaan harian mereka.

S. Jeganathan, 55, berkata, Jalan Kebun Sayur di kawasan perindustrian Bukit Naning itu sudah lebih dua tahun rosak namun tiada tindakan pembaikan dilakukan walaupun aduan dilakukan kepada pihak-pihak berkaitan.

Katanya, selepas menerima aduan daripada penduduk setempat, pihaknya mengambil langkah mengumpul dana seterusnya melakukan penampalan sendiri kerana jika dibiarkan akan menyebabkan jalan itu semakin rosak teruk.

“Kami tidak tahu pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab kepada masalah jalan di kawasan perindustrian ini kerana tiada tindakan dilakukan walaupun aduan sudah dilakukan.

“Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku selain keadaan kerosakan jalan semakin rosak terus, kerja penampalan terpaksa dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jeghanatan yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Bakri berkata, tindakan yang dilakukan pihaknya itu hanya sebagai langkah awal mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur ini.

Katanya, langkah seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak berkaitan bagi memastikan dapat dinaik taraf dengan lebih baik dan digunakan dengan selesa oleh penduduk.

“Saya berharap ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah jalan berlubang di Jalan Kebun Sayur ini kerana banyak kenderaan melaluinya setiap hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya