Adira ikat peranakan selepas empat cahaya mata - Utusan Malaysia

Adira ikat peranakan selepas empat cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi memutuskan untuk mengikat peranakan selepas memiliki empat cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Adnan Abu.

Kata Adira keputusan itu dibuat selepas berfikir semasak-masanya untuk tidak hamil lagi di masa akan datang.

“Saya enggan hamil lagi, tak mahu tambah lagi zuriat. Cukup apa yang ada sekarang.

“Saya pernah merancang untuk memiliki anak sebelum umur saya menginjak 30 tahun. Alhamdulillah, ia dipermudahkan Allah dan saya bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata.

“Doktor mengatakan saya masih berpotensi untuk hamil tetapi apabila melahirkan, tetap akan melalui kaedah sama seperti yang saya jalani sebelum ini iaitu, pembedahan.

“Ia berisiko. Jadi atas nasihat doktor dan persetujuan suami, saya putuskan untuk ‘ikat’ peranakan,” katanya usai majlis pelancaran single terbarunya bersama Khai Bahar, Pejam.

Disoal tentang cabaran membesarkan empat anak, Adira mengakui perkara itu tidak mudah dan memerlukan ketabahan yang tinggi.

“Saya akui, selepas bergelar ibu, tenaga tidak seperti dahulu. Lebih-lebih lagi apabila usia kita sudah memasuki  30 an. Itu yang saya rasakan, orang lain saya tak pasti.

“Tapi Alhamdulillah, ada pembantu yang menolong saya menguruskan. Tapi tak semua perkara kita serah begitu sahaja kepada mereka. Sebagai ibu, kita kena buat semua,” jelasnya.

Ditanya pula tentang single terbaharu bersama Khai Bahar, kata Adira bukan senang untuk dia membawakan lagu-lagu bernada tinggi pada masa sekarang.

“Vokal kita mengalami perubahan atas faktor usia. Saya tak nafikan selepas memiliki empat cahaya mata, suara saya berubah. Tambah lagi saya pernah dijangkiti Covid-19 dan influenza, memang terkesan. Adakalanya semput dan susah nak nyanyi lagu bernada tinggi.

“Tapi nak maintain suara ada caranya. Ambil kelas vokal dan yang saya amalkan untuk perbaiki pernafasan adalah senaman yoga. Semua itu kena buat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya