Adabi lancar produk baharu, Bihun Aqsa

Adabi lancar produk baharu, Bihun Aqsa

SYED Mahadzir Syed Manshor (tiga dari kiri) menunjukkan jenama baru, Bihun Adabi pada Pelancaran Produk Adabi di Gudang Adabi Consumer Rawang, Selangor, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Sempena Hari Kebangsaan Ke-66, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memperkenalkan produk baharunya iaitu Bihun Rice Vermicelli bawah jenama Aqsa yang bakal menemui pelanggan di pasaran tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Mahadzir Datuk Syed Manshor berkata, bihun menjadi pilihan kerana ia merupakan kesukaan ramai semua peringkat usia.

“Adabi terkenal dengan perencah kari dan sup bunjut sebelum ini tetapi dalam perniagaan kita perlu mempunyai kepelbagaian, oleh itu, kami memperkenalkan bihun.

“Lagipun, sebelum ini kami sudah mempunyai perencah bihun goreng dan serbuk bihun sup, dengan memperkenalkan produk baharu ini, ia adalah pakej yang lengkap.

“Ia memudahkan masakan anda buat seisi keluarga tanpa menjejaskan kesihatan dan dijamin halal,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Fun Ride, Run and Zumba 2023 dan pelancaran produk baharu di gudang Adabi, di sini semalam.

Syed Mahadzir berkata, walaupun saingan di pasaran banyak, Adabi mempunyai peminatnya yang tersendiri dan produk terbaharu juga akan mendapat sambutan yang menggalakkan..

“Harga yang kami tawarkan adalah RM3.80 bagi 350gram, ia tidak terlalu murah mahupun mahal dan mampu dimiliki oleh semua.

“Ramuan yang digunakan dalam bihun Adabi ini adalah beras, kanji jagung dan kanji sagu serta sangat mudah untuk dimasak.

“Disebabkan produk ini sangat baharu dikenalkan, ia hanya dijual di platform e-dagang Shopee Adabi buat masa ini tetapi akan berada di semua supermarket dan kedai runcit sebelum November akan datang.

“Pada masa akan datang, lebih banyak produk akan diperkenalkan oleh Adabi termasuk berkemungkinan beras,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya