Ada kawan sarankan kembali free hair - Anne Abdullah - Utusan Malaysia

Ada kawan sarankan kembali free hair – Anne Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Anne Abdullah mendedahkan ada pihak yang cuba mempengaruhi dan menyarankan dirinya agar kembali berimej free hair.

Bagaimanapun, Anne memilih istiqamah dan menganggap pengaruh-pengaruh luar itu sebagai ujian dari Tuhan.

“Memang banyak ujian yang datang lepas berhijab seperti datangnya tawaran berlakon watak tidak bertudung kepada saya. Tapi saya tolak dan cuba istiqamah.

“Ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang memujuk dan menyarankan agar saya kembali free hair.

“Berhijab adalah perjanjian saya dengan Allah. Saya tak nak cakap lebih, takut tiba-tiba hati berbolak balik. Apa pun, kena istiqamah,” ujarnya.

Anne mula memakai tudung selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah sekitar November tahun lepas, tepat selepas usia pelakon ini menginjak ke 50 tahun.

Anne atau nama sebenarnya Noraini Abdullah dalam pada itu mengakui hati menjadi lebih tenang selepas bertudung.

“Kalau dulu tak ada kerja hati jadi berserabut. Tapi lepas berhijab, tak ada tawaran (berlakon) hati tetap tenang.

“Saya kena istiqamah, mungkin ujian yang datang adalah kerana Allah nak tengok sejauh mana tetapnya saya dengan keputusan berhijab ini,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya