Achey tak halang anak masuk dunia seni - Utusan Malaysia

Achey tak halang anak masuk dunia seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Achey Bocey tidak akan menghalang sekiranya anaknya, Nur Tiara Zinnirah, menunjukkan minat dan mahu menceburi bidang seni.

Pelakon filem Mat Tudung Begins itu bagaimanapun tetap mahu memberikan pendidikan yang mencukupi meskipun satu hari nanti Nur Tiara memilih untuk menjadi seorang artis.

“Saya tak akan larang, malah akan benarkan. Tapi biarlah dengan bekalan ilmu dan pendidikan yang mencukupi.

“Saya mahu dia menjadi seorang anak seni atau pempengaruh yang bermanfaat kepada masyarakat. Bukan yang kejar glamour dan tekan harga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Achey, dia berharap anaknya memilih bidang yang benar-benar diminatinya agar kekal lama dan tidak menyesal dikemudian hari.

“Mungkin dia berminat kepada muzik. Saya tengok dia suka main dram.

“Apa pun pilihannya, biarlah berserta pelajaran. Setiap hari saya ingatkan dia agar menjadi anak yang baik.

“Pandai itu bagi saya dan isteri adalah bonus. Kami utamakan perangai, jangan buruk bahagian itu. Sebagai ibu bapa, kami utamakan dia menjadi anak yang baik, kepandaian itu boleh diusahakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya