'Abang Bikerz Sayang Bini' tanda sokong skim SKSSR Perkeso

‘Abang Bikerz Sayang Bini’ tanda sokong skim SKSSR Perkeso

RAZMI Khalid (kanan) menyampaikan skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso kepada pencarum ahli Kelab Motor Kingz MG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 173 peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson KINGZ Motor Group (Kingz MG) melancarkan tanda pagar (hashtag) ‘Abang Bikerz Sayang Bini’ sebagai tanda sokongan terhadap Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam konvoi ke Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka, kelmarin, KINGZ MG turut menyerahkan sumbang berjumlah RM10,000 kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Buddhist Tzu Chi Foundation dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Portugis Melaka.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid berkata, sumbangan tersebut diserahkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap skim SKSSR.

“Pada masa sama, 10 ahli dan pimpinan tertinggi kelab KINGZ MG turut membuat caruman permulaan dalam skim ini sebagai tanda sokongan kepada pelancaran inisiatif tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Razmi berkata, sehingga 10 September lalu, seramai 186,782 suri rumah berdaftar dan mencarum di bawah skim SKSSR.

“Ia adalah untuk membolehkan mereka menerima perlindungan domestik iaitu semasa mengurus rumah tangga, urusan ke pasar, menghantar anak sekolah dan urusan lain berkaitan keluarga serta perlindungan terhadap suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

“Sempena Sambutan Hari Malaysia ke-60, Perkeso bersama KINGZ MG menyeru semua suami dan pasangan khususnya dalam kalangan penunggang motosikal sama ada berkahwin atau belum, wanita yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal berusia 55 tahun ke bawah untuk menunjukkan komitmen caruman skim ini yang hanya pada kadar RM120 setahun demi keselamatan ahli keluarga,” katanya.

Skim SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya