JKM cari ibu kandung, waris bayi perempuan ditemukan di kedai ayam - Utusan Malaysia

JKM cari ibu kandung, waris bayi perempuan ditemukan di kedai ayam

BAYI perempuan yang kini berusia dua bulan sebelum ini ditemukan di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Kemaman, Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemukan di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada Julai lalu. 

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Mohd. Fadzli Ismail berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan pekerja premis tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum membuat laporan polis. 

“Bayi perempuan yang berusia dua bulan ini kini ditempatkan dalam jagaan JKM sejak 12 Julai lalu sehingga kini selepas mendapat perintah bawah seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret Kemaman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Utusan Malaysia pada 6 Julai melaporkan seorang peniaga ayam terkejut apabila menemukan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas lantai kedainya di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih, di sini.

Mohd. Yusrizal Azlan, 27, berkata, dia menemukan bayi tanpa pakaian tersebut dalam kesejukan dan menggigil ketika mahu mula berniaga pada pukul 7.50 pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari lalu. 

Mohd Fadzli menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman, Siti Fatimah Mohamad Fadzil di talian 09-8591686. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya