772 individu terima darjah kebesaran, pingat Hari Keputeraan Sultan Kelantan

772 individu terima darjah kebesaran, pingat Hari Keputeraan Sultan Kelantan

NAZRAN Muhammad (tengah) menunjukkan buku senarai nama penerima darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 772 individu disenarai menerima gelaran, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang Ke-54, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah keseluruhan penerima, enam individu bakal dilantik menjadi Jaksa Pendamai.

Katanya, istiadat berkenaan dimulakan dengan 98 penerima pada sesi pertama dan selebihnya pada sesi seterusnya yang dimaklumkan kelak.

“Pada tahun ini, seramai 772 penerima dikumpul untuk pengurniaan. Daripada jumlah itu, seramai 38 individu menerima darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini, semalam.

Nazran turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dan menjayakan istiadat pengurniaan pada kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya