60 aktiviti meriahkan Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya

60 aktiviti meriahkan Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya.

PESERTA daripada penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya menyertai pertandingan perlumbaan perahu naga pada Majlis Perasmian Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2023 di Putrajaya hari ini. -UTUSAN/: FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  Lebih 60 aktiviti termasuk pelbagai sukan air dan darat dianjurkan sempena Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya di di Kompleks Futsal Presint 18 bermula hari ini hingga esok.

Lebih menarik, karnival tahunan itu adalah penganjuran terbesar berbanding tahun sebelumnya kerana ia menggabungkan karnival sukan komuniti dan sukan air secara serentak.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, antara program lain dianjurkan termasuk jualan usahawan komuniti, kejohanan sukan piala presiden, Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Kejohanan Sukan Piala Presiden (KSPP).

Beliau berkata, turut dilangsungkan adalah pertandingan kayak, pertandingan mewarna, tarian, perahu panjang, mereka bentuk lego, bicara berirama, sukan tradisional dan rewang komuniti.

“Pada tahun ini dengan sokongan rakan-rakan strategik, alhamdulillah kedua-dua acara ini membuat kemunculan semula dalam satu lokasi acara bagi menarik lagi lebih ramai pengunjung.

“Program ini dianjurkan bertujuan mengukuhkan integrasi sosial dalam kalangan pnduduk Putrajaya selain mengeratkan lagi jalinan hubungan baik antara PPj sebagai pihak berkuasa tempatan di sini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program hari ini.

Katanya, pihaknya juga mahu mempromosikan tasik Putrajaya sebagai lokasi utama acara-acara sukan air dalam atau luar negara.

Fadlun berkata, Putrajaya terkenal sebagai destinasi dan pusat tumpuan utama acara khususnya berskala mega malah, pelbagai acara dan aktiviti telah dirangka sepanjang tahun ini.

Katanya, program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya (MPPWP), Bank Islam Malaysia Bhd, Koperasi Perbadanan Putrajaya, Tenaga Nasional Bhd (TNB). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya