52 pasukan rebut gelaran juara ‘The Silent Killer Cup’ 

52 pasukan rebut gelaran juara ‘The Silent Killer Cup’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 52 pasukan berentap merebut kejuaraan sulung Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 8 dan 10 Tahun ‘The Silent Killer Cup 2023′ di  Padang Bola Sepak Kampung Rawai, Marang, Terengganu pada 16 September ini.

Kejohanan itu julung kali dianjurkan Kelab Bola Sepak Rawai Football (SRFC) di bawah kategori umur berkenaan bagi menyemarakkan usaha mencungkil bakat dan mendedahkan pemain di peringkat akar umbi dengan suasana perlawanan kompetitif.

Pengerusi SRFC, Ros Mohd. Muharam Wahab berkata, daripada 52 pasukan yang mengesahkan penyertaan, sebanyak 32 pasukan mendaftar bagi kategori bawah usia 10 tahun manakala selebihnya adalah bawah usia lapan tahun.

“Objektif penganjurannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada kanak-kanak di bawah 10 tahun melibatkan diri dalam kejuaraan bola sepak di usia tersebut,” katanya.

Bekas penyerang Terengganu FC (TFC) dan pasukan kebangsaan, Ashari Samsudin adalah penaung kejohanan berkenaan.

Selain dianggap sebagai legenda sukan bola sepak khususnya di Terengganu, Ashari yang mendapat jolokan ‘The Silent Killer’ adalah pemenang Kasut Emas 2010.

Menurut Ros Mohd. Muharam, bagi melancarkan lagi kejohanan tersebut, sebanyak 22 perniagaan bekerjasama dengan SRFC sebagai rakan penaja rasmi.

Katanya, SRFC masih lagi menerima mana-mana ahli perniagaan yang berminat menjadi rakan kongsi dan menjadi penyumbang atau penaja kejohanan The Silent Killer Cup 2023.


ORANG ramai boleh mendapatkan baju khas memaparkan perwatakan animasi menggambarkan ‘The Silent Killer’ sempena Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 8 dan 10 Tahun ‘The Silent Killer Cup’ 2023.

Dalam pada itu, katanya, sempena kejohanan berkenaan, SRFC menyedia dan menawarkan tempahan baju khas untuk golongan  dewasa serta kanak-kanak yang memaparkan perwatakan animasi menggambarkan ‘The Silent Killer’.

“Terdapat lima pilihan warna iaitu merah, biru, kuning, hitam dan putih bagi baju kanak kanak yang hanya dijual pada harga RM20 sehelai.

“Bagi dewasa pula terdapat tiga pilihan warnan iaitu hitam, kelabu dan biru pada harga RM25 sehelai,” katanya. 

Jelasnya, baju kanak-kanak  boleh didapati dalam saiz 28, 30, 32 manakala saiz sedia bagi dewasa ialah S,M,L,XL dan 2XL.


BAJU khas ‘The Silent Killer’ untuk kanak-kanak  boleh didapati dalam saiz 28, 30, 32.

Orang ramai boleh membeli baju berkenaan pada hari penganjuran kejohanan atau bagi memudahkan proses, urusan pembelian boleh dibuat menerusi tempahan.

Sebarang tempahan untuk pilihan reka bentuk dan urus niaga boleh menghubungi Amir di talian 013-3297541 dan Hafizudin di 012-6518754. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya