40 sertai bengkel seni hiasan destar

40 sertai bengkel seni hiasan destar

PESERTA Bengkel Pengenalan Destar bergambar secara beramai-ramai dengan sarung kepala dihasilkan di Shah Alam, baru-baru ini. – UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKEL Pengenalan destar dikelolakan Akademi Seni Warisan Tradisional Melayu dan Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam) menerima 40 penyertaan baru-baru ini.

Program di Shah Alam, Selangor itu bagi mendidik peserta mengenai seni hiasan kepala orang Melayu yang meliputi tanjak, tengkolok, getam, ikatan semutar dan tengkolok perempuan.

Para peserta terlibat bukan sahaja daripada beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, malahan ada yang sanggup datang jauh dari Singapura dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Menurut penganjurnya, bengkel sehari tersebut bukanlah kali pertama dianjurkan mereka bahkan dilaksanakan secara berkala pada setiap bulan di setiap negeri sejak 2012 lagi.

Sijil kemudian disampaikan oleh Pengarah Akademi Seni Warisan Tradisional Melayu, Dr. Johan Iskandar Abdul Karim dan Pengerusi Pernilam, Fadzil Azwan Mohamad Nan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya