40 kanak-kanak Pasti Darul Ulum terperangkap banjir kilat - Utusan Malaysia

40 kanak-kanak Pasti Darul Ulum terperangkap banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Kira-kira 40 kanak-kanak tadika Pasti Darul Ulum di Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar di sini, terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

Mereka terdiri daripada 25 kanak-kanak lelaki dan 15 perempuan itu bersama tiga guru bagaimanapun berjaya dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba dan orang awam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD).

KIRA-KIRA 40 kanak-kanak tadika Pasti Darul Ulum di Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar, Pulau Pinang terperangkap dalam kejadian banjir kilat pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.30 pagi tadi sebelum sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian.

“Hujan lebat berterusan dari pukul 7 pagi hingga 10.20 pagi tadi telah mengakibatkan air naik dan banjir kilat berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

“Limpahan air dari parit mengakibatkan banjir kilat naik ke kawasan jalan raya dan rumah dengan paras air dua kaki (0.6 meter). Tiada Kemalangan Jiwa atau perkara yang tidak diingini berlaku.

“Keadaan selamat dan terkawal ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya