4 Suri hati Korea Selatan - Utusan Malaysia

4 Suri hati Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA di Malaysia, kita boleh menyenaraikan beberapa nama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani, Yuna dan Fazura sebagai suri hati negara, di Korea Selatan juga ada.

Baik dari segi perilaku dan juga pencapaian seni yang diperakui, suri hati Korea Selatan ini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada ramai peminat serta tauladan kepada pendatang baharu.

Ayuh, kita senaraikan lima suri hati Korea Selatan yang telah mencuri ramai jiwa-jiwa peminat seni seluruh dunia!

BAE SUZY

Dari awal kemunculannya dalam industri seni muzik K-Pop, Bae Suzy sudah mencuri perhatian ramai. Raut wajah cantik, tubuh menawan menjadi idola ramai gadis muda.

Malah, para jejaka juga jatuh hati dengan suara manja dan gerak tari sewaktu membuat persembahan. Selepas terjun ke dunia lakonan pula, setiap drama diterajui wanita berusia 28 tahun ini mencetus fenomena.

Walaupun pelakon Vagabond ini sudah dikenali sebagai artis gred-A, peribadi dan perilaku yang baik serta tidak terpalit kontroversi melampau. Sebab itu dia mendapat gelaran Nation’s First Love dan Nation’s Sweetheart.

KIM TAE HAE

Sempurna, itu antara pujian yang sering kali singgah dalam diari hidup pelakon cantik, Kim Tae Hee. Selain cantik, lemah lembut dan awet muda, kepintaran Tae Hee juga diperakui ramai.

Mana tidaknya, dia antara graduan universiti berprestij, Seoul National University yang menjadi idaman setiap pelajar. Oleh sebab itu, dia mendapat gelaran uhm chin ddal of the country atau anak perempuan sempurna yang didambakan para ibu. Hebat!

IU

Bukan satu tetapi dua sebenarnya gelaran yang dipegang penyanyi dan pelakon, IU. Nation’s Little Sister dan Nation’s Sweetheart adalah gelaran yang disandang olehnya sejak berusia 16 tahun lagi.

Cukup dikenali sebagai anak seni yang sentiasa ceria, menyenangkan dan suka menderma, IU juga mudah menuai pujian menerusi suaranya yang merdu serta lakonan yang meyakinkan.

Tak hanya peminat dunia seni ya yang meminati IU, rakan-rakan artis pun acap kali menyifatkan peribadi pelakon Hotel Del Luna ini sebagai seorang yang menginspirasikan!

SONG HYE KYO

Seorang lagi pelakon cantik, Song Hye Kyo juga mendapat gelaran Nation’s First Love. Kecantikan dan lemah lembut The Glory mencuri hati peminat-peminat dunia seni seluruh dunia.

Kekal awet muda di usia 41 tahun, Hye Kyo juga sering kali tampil dengan drama-drama fenomena dan filem yang pecah panggung antaranya Autumn In My Heart, Full House dan The Grandmaster.

Biarpun perceraian dengan pelakon, Song Joong Ki pada 2019 mencetuskan kontroversi namun kasih sayang peminat seni Korea Selatan sedikit pun tidak terjejas. Hye Kyo kekal kesayangan semua!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya