38 buah koc ART ditempah ancarkan sistem pengangkutan

38 buah koc ART lancarkan sistem pengangkutan

ABANG Johari Tun Openg merasai sendiri pengalaman menaiki ART Sarawak, di sepanjang aliran percubaan latihan bukti konsep (POC) ART peringkat kedua di Menara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak menjangkakan untuk menempah 38 buah lagi koc Transit Aliran Autonomi (ART), dedah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, koc ART itu nanti akan digunakan pada laluan fasa satu bagi Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

“Tiga laluan itu akan menghubungkan Samarahan ke Kuching.

“Pelaburan kerajaan negeri dalam transformasi pengangkutan awam ini akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk menyediakan mobiliti yang fleksibel dan mampu milik untuk orang ramai, selain mesra pelancong,” katanya dalam sidang media selepas meninjau aliran percubaan latihan bukti konsep (POC) ART peringkat kedua di Menara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini hari ini.

Menekankan kelebihan menggunakan ART di Sarawa, Abang Johari berkata ia termasuk mobiliti fleksibel dan mampu milik di Kuching, ciri yang mesra pelancong, dan struktur tambang yang konsisten.

“Kita turut merancang untuk menggunakan sistem pembayaran menerusi S PAY global, sekali gus mengurangkan keperluan untuk penumpang membawa wang tunai, yang akan meningkatkan keselesaan keseluruhan sistem ART.

“Terdapat banyak faedah, sebab itu kerajaan negeri melabur dalam transformasi pengangkutan awam ini.

“Dalam jangka panjang, ia juga akan membantu membangunkan taman perumahan di mana pengangkutan awam adalah selesa dan mudah untuk orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut yakin dalam mas hadapan pelancong boleh menggunakan laluan ART tersebut dari Kuching ke Damai di Santubong.

“Sistem ART ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kemampanan dan mengurangkan pelepasan karbon kerana ia dikuasakan oleh hidrogen,” katanya lagi.

Sarawak Metro, yang merupakan syarikr melaksanakan projek KUTS, berkata larian kejuruteraan itu akan diadakan selama dua bulan sehingga Oktober bagi memperhalusi spesifikasi ART dan mengenal pasti sebarang isu yang berpotensi sebelum latihan POC bermula.

“Ia juga akan menilai prestasi dan kefungsian kenderaan prototaip.

” Latihan POC akan dijalankan di Samarahan pada bulan November bagi mengumpul data menilai kebolehlaksanaan prototaip untuk reka bentuk akhir kenderaan ART,” ujarnya.

Sarawak Metro juga mendedahkan ART akan berjalan di aras jalan khusus atau lorong bertingkat dan tidak akan berkongsi jalan dengan kenderaan lain.

Lorong khusus tersebut akan menggunakan laluan tanpa jejak susulan tayar pada ART menggunakan tayar getah.

Sistem ART akan disokong oleh rangkaian bas pengantara, yang juga akan menggunakan kenderaan berkuasa hidrogen, untuk menawarkan sambungan dari stesen pertama dan terakhir untuk penumpang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya