30 peratus koperasi di Terengganu tidak aktif - Utusan Malaysia

30 peratus koperasi di Terengganu tidak aktif

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) beramah mesra bersama sebahagian ahli Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu selepas merasmikan mesyuarat agung koperasi itu di Kuala Terengganu, hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 30 peratus atau 291 koperasi daripada 970 koperasi di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai tidak aktif. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, koperasi terbabit tidak aktif setelah ahli-ahlinya tidak berkerja untuk membantu pihak pengurusan dalam menjalankan aktiviti koperasi.

Katanya, kebanyakan ahli koperasi terbabit sekadar bertemu sekali setahun dalam mesyuarat agung dan sepatutnya mereka berbincang dan mencari jalan untuk memperkasakan koperasi masing-masing.

Menurutnya, jumlah keseluruhan ahli koperasi  di negeri ini pula mencecah lebih 270,000 orang.

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu juga menyediakan pelbagai tawaran kepada koperasi tersebut dengan menyediakan kemudahan dana, geran  dan pinjaman di peringkat kementerian yang boleh dimohon untuk menjalankan aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Kali Ke-29, di sini, di sini, hari. 

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri memberitahu, sebanyak 70 peratus koperasi di seluruh negeri ini masih aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk melakukan audit dan mesyuarat pada setiap tahun,

Tambahnya, koperasi terlibat juga terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi termasuk menceburi bidang perniagaan, pertanian dan pelancongan.

“Koperasi di negeri ini mempunyai potensi yang besar terutama dalam sektor-sektor pertanian dan pelancongan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing,”  ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya