25 motosikal disita, 471 saman dikeluarkan JPJ dalam operasi khas motosikal - Utusan Malaysia

25 motosikal disita, 471 saman dikeluarkan JPJ dalam operasi khas motosikal

SEBANYAK 25 buah motosikal disita manakala 471 notis saman atas pelbagai kesalahan dan teknikal dikeluarkan oleh JPJ Pulau Pinang dalam Ops Khas Motosikal di beberapa lokasi 'hotspot' di seluruh Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 25 buah motosikal disita dalam operasi Ops Khas Motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di beberapa lokasi ‘panas’ di seluruh negeri ini, semalam.

Jurucakap JPJ negeri berkata, dalam operasi yang berakhir kira-kira pukul 11 malam tadi itu, sebanyak 471 notis saman atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal juga dikeluarkan terhadap penunggang dan pemilik motosikal.

SEBANYAK 25 buah motosikal disita manakala 471 notis saman atas pelbagai kesalahan dan teknikal dikeluarkan oleh JPJ Pulau Pinang dalam Ops Khas Motosikal di beberapa lokasi ‘hotspot’ di seluruh Pulau Pinang semalam.

Katanya, antara lokasi yang menjadi tumpuan sepanjang operasi yang bermula pukul 9 pagi itu termasuk di Jalan Ayer Hitam, George Town; Jalan Perusahaan Perai serta berhampiran Plaza Tol Sungai Nyior dan Plaza Tol Jawi.

“Tujuan penguatkuasaan itu dibuat ialah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, penunggang atau pemilik motosikal dinasihatkan sentiasa patuh pada peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Selain itu katanya, mereka juga dinasihatkan menunggang dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan serta kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya