23 pasangan berkahwin beramai-ramai di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

23 pasangan berkahwin beramai-ramai di Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara 2023, di Dewan Perhimpunan Cina, di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai 23 pasangan memilih berkahwin secara beramai-ramai hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini hari ini, sempena perayaan pertengahan musim luruh yang dikenali sebagai perayaan kuih bulan.

Bagi pasangan pengantin baharu, Yeap Mou Han, 27, dan isterinya, Loo Jia Nee, 22, mereka memilih berkahwin pada hari ini memandangkan tarikh itu dikatakan hari yang baik serta untuk membina keluarga bagi masyarakat Cina.

”Kami tidak menyangka akan diraikan dalam majlis perkahwinan secara beramai-ramai di sini hari ini, kami sangka hanya kami berdua sahaja akan berada di dewan ini.

”Kami terkejut apabila datang ke sini awal pagi tadi dan ternampak ramai pasangan pengantin, rupanya kami antara salah satu pasangan pengantin yang mendaftar perkahwinan hari ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini hari ini.

Yang turut hadir meraikan pasangan pengantin yang berkahwin beramai-ramai ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Khoon Hai.

Majlis perkahwinan secara beramai-ramai itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meraikan Hari Pendaftaran Negara, esok.

Mou Han yang bekerja sebagai jurujual berkata, dia gembira kerana diraikan dalam satu majlis perkahwinan yang meriah bersama pasangan pengantin yang lain.

”Suasana memang meriah kerana lebih 20 pasangan pengantin berkahwin hari ini, kami berharap perkahwinan kami akan kekal bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, Dickkiey Lim, 37, dan isterinya, Yan Kitt, 30, juga memilih untuk berkahwin sempena hari perayaan pertengahan musim luruh kerana ia adalah hari yang bagus untuk memulakan keluarga.

Dickkiey berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak setahun lalu dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mendapati kedua-duanya serasi serta bersedia untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, majlis itu melakar sejarahnya yang tersendiri serta meninggalkan kenangan yang luar biasa kepada pasangan pengantin.

”Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Pulau Pinang kerana memudahkan urusan perkahwinan semua pasangan ini bagi membolehkan mereka memulakan babak baharu dalam kehidupan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya