222 projek perumahan swasta berjaya dipulih

222 projek perumahan swasta berjaya dipulih

AKMAL Nasrullah Mohd Nasir menunjukkan data terkini projek perumahan swasta yang berjaya dipulihkan di KPKT Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 222 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan sejak Januari hingga 31 Julai lalu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM20.61 bilion.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kesemua projek perumahan itu membabitkan keseluruhan 24,422 unit rumah.

Beliau berkata, kesemua projek perumahan tersebut telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan kini bertukar ke status lancar.

“Setakat 31 Julai lalu, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) masih mengesan dan memantau 118 projek lewat (13,039 unit rumah), 490 projek sakit (79,278 unit rumah) dan 114 projek terbengkalai 24,262 unit rumah).

“Selain itu, sepanjang Julai sahaja, sebanyak 44 projek (3,496 unit) berjaya dipulihkan membabitkan GDV sebanyak RM3.14 bilion,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, sepanjang Ogos lalu, TFST mengambil tindakan penyelesaian berstrategik dan berfokus ke arah mengenal pasti tindakan mencegah untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengatasi isu ini.

Akmal berkata, TFST mengenal pasti isu-isu utama berkaitan projek perumahan sakit dan terbengkalai yang terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah dalaman dan masalah luaran.

Menurutnya, masalah dalaman melibatkan keupayaan pengurusan projek dan kekangan mereka; pengurusan di tapak binaan melibatkan kontraktor dan pertikaian kontrak.

“Masalah luaran pula membabitkan keperluan syarat penyiapan projek oleh agensi Pihak Berkuasa Tempatan  dan pengurusan serta pemantauan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) oleh institusi kewangan dan perbankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya