2,000 penduduk Kuantan buat pemeriksaan kesihatan Fit Malaysia

2,000 penduduk Kuantan jayakan aktiviti pemeriksaan kesihatan riadah, Fit Malaysia

FADZLI MOHAMAD KAMAL (berdiri, kanan) bersama kaki tangan klinik kesihatan dan Jabatan Belia dan Sukan sempena Program Fit Malaysia Pahang di perkarangan parkir Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang baru-baru ini. – utusan/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 2,000 orang penduduk bandar Kuantan menghadiri Program Fit Malaysia Pahang anjuran bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan Klinik Kesihatan Indera Mahkota di tapak parkir Stadium Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan & Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pap smear secara percuma dan aktiviti riadah seperti Fun Run,

Fun Ride, Jump Rope, zumba, gerai jualan makanan dan pakaian kepada pengunjung yang hadir.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada MUIP yang turut memberikan perkhidmatan melalui Klinik Bergerak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan kepada golongan fakir dan miskin di kawasan luar bandar,” kata Fadzli Mohamad Kamal di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya