1,595 keluarga di Melaka bakal keluar dari status miskin tegar

1,595 keluarga di Melaka bakal keluar daripada status miskin tegar

MEGAT AZLANI Megat Ramli (kanan) pada Majlis Penyerahan Baik Pulih Rumah di Kampung Melayu Machap Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mensasarkan kira-kira 1,595 ketua isi rumah (KIR) di Melaka dapat dikeluarkan daripada status miskin tegar menjelang Disember ini.

Pengarah Pejabat Pembangunan Melaka, Megat Azlani Megat Ramli berkata, sasaran itu mampu dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan Pusat yang disalurkan melalui pelbagai agensi terhadap kumpulan sasar berkenaan.

Menurutnya, menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan miskin tegar di seluruh negara termasuk di negeri ini menjadi sifar menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, jumlah miskin tegar di Melaka diperoleh melalui data eKasih.

“Sehingga kini seramai 1,595 KIR dikenal pasti sebagai miskin tegar dan kita akan santuni agar mereka dapat keluar daripada status ini menjelang Disember ini.

“Setakat ini kita telah berjaya mengeluarkan seramai 45 peserta daripada status miskin tegar di negeri ini melalui Program Usaha Kasih (U Kasih).

“Kita akan berikan bantuan bukan sahaja baiki rumah tetapi bantuan lain dari segi perniagaan akan kita salurkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Baik Pulih Rumah di Kampung Melayu Machap Jaya di sini, hari ini.

Tambah Megat Azlani, 45 peserta yang telah keluar dari status itu kebanyakannya daripada golongan peniaga dan telah mendapat bantuan RM5,000 bagi pembelian perkakasan dan bantuan latihan.

“Ada peniaga asam pedas yang kita bantu, yang dulu mereka berniaga di tepi jalan tetapi kini sudah mampu menyewa kedai dan mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya