11,832 ladang tanaman peroleh pensijilan MyGAP - Utusan Malaysia

11,832 ladang tanaman peroleh pensijilan MyGAP

MyGAP
LOKMAN Hakim Ali bergambar bersama sebahagian penerima pensijilan pada Majlis Apresiasi Pensijilan 2022 di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 11,832 ladang di bawah subsektor tanaman memperoleh pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) sepanjang tempoh 2003 hingga tahun lalu dan 326 daripadanya turut menerima pensijilan Skim Pensijilan Organik Malaysia (MyOrganic).

Ketua Setiausaha Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali ketika membacakan ucapan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dua pensijilan itu menjadi Petunjuk Prestasi Utama pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bagi menambah baik keselamatan dan nutrisi makanan rakyat.

“Ssektor agromakanan perlu menerapkan amalan secara mampan bagi memelihara keseimbangan antara alam sekitar dan ekosistem bagi memastikan pertumbuhan industri tidak mengakibatkan pencemaran sekaligus memenuhi permintaan yang kian meningkat.

“Selain MyGAP dan MyOrganic, kerajaan menyediakan insentif bagi menggalakkan petani mendapatkan pensijilan pesticide free yang tidak menggunakan racun perosak sintetik,” katanya pada Majlis Apresiasi Pensijilan 2022, malam tadi.

Seramai 2,718 wira Agro diraikan termasuk penghargaan kepada Agen Pengembangan Tanaman (APT) dan Jabatan Pertanian negeri yang mencapai pensijilan Amalan Pertanian Baik tertinggi serta ladang myGAP dan myOrganic paling konsisten.

Jabatan Pertanian Terengganu memenangi kategori negeri pensijilan MyGAP dan MyOrganic tertinggi manakala kategori APT dimenangi Clarence Sakai Ganang daripada Jabatan Pertanian Sarawak.

Jelas Lokman, Jabatan Pertanian menumpukan kemampanan sektor agro makanan menerusi penandaarasan amalan pertanian dua pensijilan itu yang dijadikan Objektif Kualiti dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian.

“Bagi memastikan aktiviti pertanian mematuhi amalan pertanian baik, myGAP  turut diperluaskan kepada pemeliharaan lebah dan kelulut, tanaman bukan makanan dan pesticide free.

“Sektor agromakanan akan terus komited menambah baik kecekapan penggunaan sumber asli dan meningkatkan kadar penerimagunaan wira Agro dan petani di negara ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya