1000 sertai Keretapi Sarong Johor

1,000 sertai Keretapi Sarong Johor

SEBAHAGIAN peserta memakai sarong sempena Keretapi Sarong bagi sambutan Hari Malaysia di Jalan Segget, Johor Bahru UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Lebih  1000 peserta berbilang kaum menyertai perarakan Keretapi Sarong Johor sempena sambutan Hari Malaysia di sini hari ini.

Para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah, universiti, belia, NGO dan orang perseorangan berarak bermula dari Jalan Sengget sehingga ke Komtar JBCC dengan mengenakan sarong.

Perarakan Keretapi Sarong Johor ini merupakan kali pertama diadakan di bandaraya Johor Bahru bagi mengenengahkan budaya pelbagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seorang peserta Alya Batrisyia Shaharudin 19 berkata, dia amat teruja menyertai perarakan sambil mengenakan sarong.

Pelajar dari Universiti Islam Malaysia kampus Gambang berharap acara ini dapat diadakan setiap tahun bagi menanam semangat muhibah.

“Saya dapat tahu acara ini melalui media sosial dan kebetulan cuti semester jadi dapat saya datang bersama rakan-rakan.

“Gembira sangat dapat berkumpul sambil mengenal budaya kaum lain,” katanya kepada Utusan.

Seorang lagi peserta Izz Amin Zaiful Aznoor 16 dari Permas Jaya yang datang bersama rakan-rakan sekolah amat gembira kerana pertama kali menyertai festival ini.

“Berjalan di tengah pusat bandaraya sambil mengenakan sarong seolah-olah berada pada zaman silam,” katanya kepada Utusan.

Pelbagai acara disediakan oleh pihak penganjur Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB) selama dua hari bermula hari ini

Pelbagai altiviti disediakan antaranya persembahan tarian, gerai makanan, bengkel membuat kraf dan makanan, pertunjukan seni kaligrafi, senitari dan gerai vintage. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya