Ziana Zain perlu diberi pangkat Datuk - Utusan Malaysia

Ziana Zain perlu diberi pangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-66, hari ini, selebriti sensasi, Azwan Ali, berharap pihak kerajaan memperhalusi senarai artis yang pernah atau bakal menerima gelaran Datuk.

Azwan yang mesra disapa Diva AA berkata, gelaran dan darjah tersebut wajar diberikan kepada penggiat seni yang mempunyai jasa besar terhadap industri hiburan tanah air.

“Saya rasa paling layak adalah tiga nama ini yang belum menerima gelaran Datuk iaitu Ziana Zain, Ella dan Ramlah Ram.

“Mereka adalah anak seni yang terlalu hebat dan hargailah perjuangan mereka sementara masih hidup. Mereka masih mampu membuat persembahan di atas pentas, dikagumi aura dan pesonanya serta menghiburkan rakyat Malaysia sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Azwan berkata, dia bersunguh-sungguh memberikan cadangan tersebut bukan untuk dirinya tetapi demi rakan-rakan selebriti yang lebih layak mendapat gelaran tersebut berbanding artis yang jauh lebih muda sudah mendapat pangkat ‘Datuk’.

“Bukan untuk Azwan Ali (Datuk), tetapi untuk tiga nama tersebut yang sudah berjuang lama dalam industri seni.

“Mereka layak mendapat gelaran itu supaya dapat menjadi pembakar semangat kepada anak seni lain,” ujarnya.

Sekadar info, semasa rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua yang disiarkan di TV3, tiga tahun lalu, Azwan menangis apabila berbicara tentang hubungan istimewanya dengan Ziana.

Kongsinya, dia sudah mengenali lama Ziana termasuk ibu dan bapanya dan mereka berdua kekal menjadi sahabat baik sehingga sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya