PETALING JAYA: Bekas jurulatih bola sepak Pahang, Datuk Zainal Abidin mengesahkan rakaman video tular yang memaparkan dirinya sedang menikmati makanan dengan bekas isteri, Fyna Jebat di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, baru-baru ini.
Zainal menjelaskan pertemuan itu dibuat bagi menyelesaikan beberapa urusan selepas perceraian antara mereka.
“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri, Kami sudah berpisah dengan cara damai.
“Berjumpa dan pergi makan sebab hendak selsaikan beberapa masalah,” kata legenda pemain bola sepak Selangor itu menerusi wawancara bersama Astro Arena, baru-baru ini.
Spekulasi timbul selepas Zainal dan Fyna dilihat bersarapan bersama di sebuah kedai makan selepas tiga bulan bercerai.
Susulan video dikongsikan dalam Instagram dan TikTok HibGlam, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.
Terdahulu, berita perceraian pasangan itu mula dikesan awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.