Young Syefura sedih rakan terkorban nahas pesawat - Utusan Malaysia

Young Syefura sedih rakan terkorban nahas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman sedih dengan kejadian yang menimpa Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun apabila jet eksekutif dinaikinya terhempas berdekatan Elmina, Shah Alam.

Menurutnya, beliau baru dua hari lepas bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang diwakili Allahyarham.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai. 

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Datuk Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” kongsi beliau menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan ADUN Pelangai itu dipercayai antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Pesawat ringan berkenaan dipercayai telah berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1), terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya