KEPALA BATAS: Walaupun kebanyakan restoran menampilkan ciri hiasan moden, masih ada pengusaha yang mempromosikan gaya hidup retro bagi menarik minat pelanggan. Seorang anak muda dari Kampung Lahar Tiang di sini, Muhammad Zaini Md Radzi, 29, membina warung Kopi Khita yang menampilkan ciri-ciri bertemakan tahun 1970-an. Katanya, konsep warung tersebut menghidangkan minuman kopi dan makanan seperti biskut tawar secara percuma kepada pengunjung sambil ‘disajikan’ dengan dekorasi sederhana ala 1970-an. “(Idea) asalnya adalah untuk wujudkan tempat bergambar buat keluarga, sanak-saudara dan kenalan kampung yang datang berhari raya di rumah yang terletak di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya