Warga UMT sertai kempen kibar Jalur Gemilang

Warga UMT sertai kempen kibar Jalur Gemilang

SEBAHAGIAN warga UMT yang terlibat kempen kibar Jalur Gemilang. dikampus universiti berkenaan di Kuala Nerus baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai sebuah IPT yang mempunyai warga kampus berbilang kaum sentiasa menyambut baik usaha menyatupadukan ikatan permuafakatan dalam masyarakat selaras dengan sambutan bulan kebangsaan 2023

UMT diketuai Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar melancarkan kempen semarak kibar Jalur Gemilang di pekarangan pintu masuk utama kampus bersama-sama barisan pengurusan tertinggi UMT serta sekumpulan pelajar.

Lebih 500 Jalur Gemilang bersaiz kecil dilekatkan pada kenderaan serta diagihkan kepada semua warga kampus dan juga komuniti yang memasuki kampus semalam bagi membangkitkan aura kemerdekaan sebagai tanda penghargaan buat generasi terdahulu yang bersusah payah menuntut kemerdekaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya