Warga emas 99 tahun tidak keluar mengundi akibat faktor kesihatan

Warga emas 99 tahun tidak keluar mengundi akibat faktor kesihatan

OSMAN Jusoh bersama anak perempuannya, Habsah ketika ditemui di Kampung Mengkuang Masjid, Kuala Pegang di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang warga emas tidak dapat keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang akibat masalah kesihatan tidak menentu yang dialaminya sejak kebelakangan ini.

Osman Jusoh, 99, yang tinggal di Kampung Mengkuang Masjid berkata, dia tidak  berdaya untuk keluar mengundi seperti kebiasaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, hari ini.

“Sejak negara mencapai kemerdekaan, saya pasti keluar mengundi pada setiap pilihan raya umum (PRU) termasuk PRU ke-15, November lalu.

“Tetapi kali ini saya terpaksa duduk di rumah sahaja dan hanya menasihatkan anak-anak keluar mengundi untuk memilih calon disukai mereka,” katanya ketika ditemui.

Osman yang tinggal di rumah anak perempuannya, Habsah, 70, berkata, walaupun sejak awal pagi sudah ada pihak tertentu yang datang untuk membawanya menaiki kereta ke pusat mengundi, dia terpaksa menolak secara baik.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memang menggalakkan orang ramai supaya keluar mengundi tetapi bila kesihatan saya sentiasa ada masalah selepas Covid-19, susah saya nak keluar rumah apatah lagi ke pusat mengundi.

“Sekiranya kesihatan baik sudah pasti saya akan keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemilih dan diharapkan pada pilihan raya seterusnya kesihatan saya baik untuk berbuat demikian,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya