GERIK: Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.
Mangsa dikenali sebagai Zaitun itu dikatakan diserang seekor gajah ketika berada di kebun di belakang rumahnya.
Difahamkan, mangsa masih sedarkan diri semasa dia dijumpai oleh penduduk kampung namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke klinik kesihatan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 6 petang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi memaklumkan, siasatan sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan.
“Saya dalam perjalanan ke sana (RPS Kemar) untuk siasat,” katanya ringkas. – UTUSAN