Wanita warga emas berusia 108 tahun tunai tanggungjawab mengundi - Utusan Malaysia

Wanita warga emas berusia 108 tahun tunai tanggungjawab mengundi

PETUGAS SPR membantu menyorong kerusi roda Munah Adam ketika keluar mengundi di SK Pasir Raja, Hulu Dungun, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL NIK ADNAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN:  Seorang warga emas berusia 108 tahun tetap menjalankan tanggungjawabnya keluar mengundi walaupun tidak dapat memangkah sendiri kertas undi berikutan keuzuran dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja,  Hulu Dungun, di sini, kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Munah Adam atau lebih dikenali sebagai ‘Wit’ dari Kampung Pasir Raja berkerusi roda ditemani anaknya, Adnan Apil, 69, yang mewakili ibunya memangkah kertas undi di pusat pengundian itu.

Adnan berkata, ibunya yang memiliki empat orang anak dan 16 orang cucu serta 23 orang cicit itu tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawabnya setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, Adnan berkata, ibu masih sihat dan tidak memiliki masalah penglihatan dan masih mampu berjalan dan memangkah sendiri kertas undi.

“Kesihatan Wit merosot selepas dia terjatuh dari katil pada hujung tahun lalu menyebabkan dia tak dapat berjalan, namun dia masih boleh bercakap dan penglihatannya masih jelas.

“Beberapa hari lalu, saya beritahu Wit, hari Sabtu hari mengundi, saya tanya sama ada dia mahu mengundi atau tidak, dia tidak kisah dan menyuruh saya buat keputusan (keluar mengundi),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Adnan berkata, dia berterima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu memudahkan urusan ibunya mengundi.

“Syukur mereka (petugas SPR) banyak bantu saya uruskan Wit dari awal kami tiba hingga selesai proses pengundian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya