Video pergaduhan peminat Penang FC dan Kedah FC tular - Utusan Malaysia

Video pergaduhan peminat Penang FC dan Kedah FC tular

TANGKAP layar video pergaduhan yang tular di laman sosial antara penyokong Penang FC dan Kedah FC sebaik tamat perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Beberapa video pergaduhan dipercayai membabitkan sekumpulan penyokong Kedah FC dan Penang FC selepas perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi tular di lama sosial awal pagi ini.

Insiden pergaduhan yang dirakam orang awam itu berlaku di luar pekarangan stadium sejurus perlawanan tamat, kira-kira pukul 11 malam.

Satu video yang berdurasi satu minit 42 saat turut memaparkan provokasi di antara kedua-dua kumpulan penyokong sebelum berakhir dengan pergaduhan.

Pada perlawanan malam tadi, Kedah FC berjaya menundukkan Penang FC 2-1 dalam aksi ‘derby’ utara yang berlangsung penuh hangat.

Difahamkan, insiden tercetus rentetan keputusan pengadil membatalkan gol kedua yang diledakkan kapten tuan rumah, Rafael Vitor pada minit ke-66 gara-gara berlaku kekasaran dalam kotak penalti.

Keputusan pengadil terbabit dikatakan turut mencetuskan ketegangan penyokong kedua-dua pasukan selain menyaksikan pemain pertahanan tuan rumah, Muhammad Adib Abdul Ra’op dibuang padang pada minit ke-76 selepas menerima layangan kad kuning yang kedua.

Pada 1 April lalu, media turut melaporkan insiden pergaduhan yang tular di media sosial dipercayai membabitkan sekumpulan penyokong Perak FC dan Penang FC selepas berakhir perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya.

Dalam kejadian itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Sementara itu, Ketu Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian pergaduhan malam tadi dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya