Ustaz Di mahu ubah Jabi - Utusan Malaysia

Ustaz Di mahu ubah Jabi

ROSDI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA SOALAN?

MUKADIMAH
KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi antara yang ‘panas’ sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana hanya tewas 55 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. Kali ini, Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon baharu iaitu Guru Penolong Kanan salah sebuah sekolah dalam DUN Jabi, ROSDI ZAKARIA atau lebih mesra disapa Ustaz Di.
Wartawan Utusan Malaysia, KAMALIZA KAMARUDDIN menyelami hasrat dan impian yang ingin dilaksanakan beliau jika berjaya merampas Jabi pada Sabtu ini.

Utusan: Bagaimana sambutan kempen dan peluang kemena­ngan di Jabi?
Rosdi: Sejak menjalankan kempen dari 29 Jun lalu, penerimaan pengundi semakin positif. Saya mengunjungi rumah-rumah pengundi dan berpeluang berinteraksi, bersemuka dengan mereka serta menyelami hasrat dan harapan pengundi.
Saya juga dibantu jentera parti yang komited dan bekerja mengikut perancangan yang telah diatur. Malah saya bertuah kerana mendapat sokongan dua bekas ADUN BN terdahulu iaitu Ramlan Ali dan Mohd Iskandar Jaafar. Insya-Allah BN berpeluang memenangi kerusi Dun Jabi pada PRN ini.

Apa rungutan penduduk Jabi sepanjang lima tahun ini?
Hasil interaksi dengan penduduk sepanjang kempen, saya simpulkan ada dua isu yang sentiasa menjadi bualan iaitu pembangunan dan kebajikan. Jelas sekali rakyat mengharapkan projek-projek pembangunan yang memberi impak ekonomi dapat dibina di Jabi selain penambahbaikan infrastruktur asas sedia ada.
Dari segi kebajikan, ramai yang saya temui mengeluh me­ngenai masalah kekurangan bantuan dalam penjagaan kesihatan seperti pesakit strok, kencing manis dan pesakit-pesakit lain.
Agihan sumbangan oleh pimpinan tempatan di bawah kerajaan negeri Pas tidak menyeluruh menyebabkan ada sesete­ngah pihak yang ketinggalan. Begitu juga dari segi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi golongan B40 yang sangat terkesan selepas pandemik Covid-19.

Apa strategi tambat hati pe­ngundi muda?
BN Terengganu tidak bergerak secara berasingan dalam mem­buat tawaran kepada pengundi muda. Manifesto yang dilancarkan oleh BN jelas memberi keutamaan kepada mereka di seluruh negeri. Contohnya bantuan komputer riba kepada pelajar universiti, pinjaman membeli motosikal tanpa faedah, bantuan perkahwinan kali pertama, pemberian dana remaja dan banyak lagi tawaran lain yang menjadi tarikan kepada orang muda jika mereka memahami hasrat BN membantu mereka.
Dari segi gerak kerja di lapangan, banyak program ‘engagement’ bersama pengundi muda dianjurkan seperti bola sepak, sukan elektronik (e-sport), kursus perniagaan online dan program-program santai yang memberi manfaat kepada mereka untuk memperkasakan ilmu dan kemahiran.
Saya juga bertuah kerana kebanyakan pengundi muda dalam DUN Jabi ini adalah bekas murid di enam buah sekolah yang pernah saya mengajar dalam tempoh 20 tahun ini. Mereka sudah mengenali saya secara peribadi.

Apa perubahan yang ingin dilakukan di Jabi?
Saya mahu meneruskan pe­rancangan BN dahulu untuk mewujudkan Bandar Baru Jabi sebagai pusat pemangkin ekonomi setempat. Kita mempunyai tapak seluas hampir 20 ekar di Pekan Jabi yang telah diambil balik bagi tujuan tersebut. Malangnya dalam tempoh lima tahun ini tiada sebarang pembangunan dilakukan di tapak tersebut. Ini jelas satu kerugian besar. Kemudahan-kemudahan lain patut dibina seperti padang bola sepak untuk anak-anak muda, menaik taraf Klinik Kesihatan Jabi dan memastikan Stadium Mini Jabi dapat beroperasi secepat mungkin.
Dalam aspek kebajikan, saya akan berusaha memastikan setiap penduduk mendapat bantuan, tidak akan tercicir.

Harapan kepada pengundi?
Saya berharap semua pe­ngundi DUN Jabi akan melakukan perubahan kali ini dengan mengundi BN semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya