Undi tentera, polis lebih cenderung pada PN - Penganalisis

Undi tentera, polis lebih cenderung pada PN – Penganalisis

MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganalisa politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, golongan tentera dan polis lebih cenderung untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) pada sesi pengundian awal yang dijalankan pada 8 Ogos lalu.

Berdasarkan tinjauan di platform media sosial menerusi video-video pendek yang tersebar di Facebook dan Tik Tok, sama ada secara jelas atau tersirat memberi gambaran mereka mengundi PN.

“Saya menilai menerusi undi awal, arus gelombang yang menjadi cakap-cakap politik sebelum ini telah terserlah secara realiti.

“Berdasarkan trend, pemerhatian saya cenderung kepada penguasaan oleh PN,” katanya hari ini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu turut berpandangan, parti-parti politik yang bertanding memerlukan formula ajaib hari terakhir berkempen hari ini untuk cuba meraih sokongan di saat saat akhir.

“Saya setuju jika mengatakan trend sama undi awal itu akan berlaku pada hari mengundi sebenar esok dengan kebanyakan pengundi dalam kalangan Melayu akan ke arah PN.

“Cuma kena betul-betul bezakan berapa peratus kaum Melayu akan keluar esok berbanding peratusan keseluruhan,” katanya.

Baru-baru ini, tinjauan yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati hanya satu daripada empat orang Melayu, di negeri yang mengadakan PRN esok berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata di Kedah, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 96.02, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).

Sementara itu, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, seramai 1,286 orang pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis telah mengundi awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya