UMNO Terengganu perlu ambil pengajaran kalah teruk PRN  - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu perlu ambil pengajaran kalah teruk PRN 

TENGKU HAPHIZ TENGKU PUTERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu perlu mengambil pengajaran dan belajar sesuatu daripada kekalahan terburuk Barisan Nasional (BN) dalam.Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, UMNO perlu memperbaiki segera kelemahan untuk mengelakkan parti itu terkubur dengan sendiri selepas ini.

Katanya, kenyataan itu memang perit dan pedih, tetapi hanya ubat yang pahit sahaja dapat menyembuh kesakitan yang dirasai ketika ini.

“Semalam, saya bersama-sama ‘Top Five’ Pemuda Bahagian dan Ketua-Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) berkongsi rasa dan mendengar pandangan mereka tentang PRN Terengganu.

“Rata-rata pemuda bersetuju, ahli parti perlu diisi dengan taujihat (arahan berkaitan gerak kerja dan hala tuju parti) seterusnya. 

“Memang perit dan pedih tetapi ubat yang pahit sahaja bakal menyembuh kesakitan ini. Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci kita, tetapi ingin UMNO belajar sesuatu sebelum terkubur sendiri menjadi hantu,” katanya di sini, hari ini.

Dalam PRN Terengganu Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN dengan majoriti yang jauh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Malah, Pas Terengganu juga berjaya mengekalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Tengku Haphiz berkata, perjuangan masih perlu diteruskan bagi memastikan UMNO bangkit semula dan kembali berjaya menawan hati pengundi.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid telah membuat gesaan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk UMNO di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pula menegaskan kekalahan memalukan BN dan PH adalah kerana tiada kerjasama yang erat sesama rakan gabungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya