UMNO tenat kerana Ahmad Zahid Hamid

UMNO tenat kerana Ahmad Zahid Hamidi

SYED MOHD SYED NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO kini berada dalam keadaan tenat setelah merekodkan keputusan buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, 12 Ogos lalu.

Bekas Setiausaha Agung Siswa BN, Syed Mohd. Syed Nasir sehubungan itu berkata, Pengerusi BN yang juga merupakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab.

Menurut beliau, rakyat yang menguasai di enam negeri telah menunjukkan penolakan mereka terhadap Timbalan Perdana Menteri tersebut.

“Berdasarkan statistik keseluruhan PRN enam negeri, UMNO telah menerima tamparan hebat secara keseluruhannya, terutamanya kepada presiden parti.

“Pembuktian statistik dan jumlah kerusi yang disandang UMNO membuktikan bahawa rakyat menolak Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya itu memberi kesan sangat buruk pada kedudukan parti di mata rakyat.

“Benar kegagalan ini perlu dipertanggungjawabkan oleh semua pihak dalam parti, tapi apakah asas dan punca kekalahan ini. Adakah kerana UMNO itu sendiri atau kebencian rakyat pada individu yang bernama Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, Syed Mohd. berharap rakyat Malaysia khususnya langkah pembaharuan dalam UMNO dapat diambil dengan segera.

“Kita sebagai orang muda dan rakyat biasa harus terima realiti bahawa jumlah kerusi dimenangi UMNO menunjukkan parti itu sudah tenat, walaupun berjaya tubuh kerajaan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi berapakah jumlah kerusi UMNO sendiri.

“Jumlahnya sangat sedikit, sampai bila UMNO harus menjadi pelampiasan politik individu lain yang membuat parti hancur secara perlahan-lahan, sampai bila kita hendak melihat kebobrokan yang nyata ini,” soalnya.

Dalam PRN enam negeri semalam, UMNO yang bertanding atas tiket BN di keseluruhan 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya berjaya merekod kemenangan di sejumlah 19 kerusi sahaja.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya