UMNO pun dah nak bungkus - Adnan Yaakob

UMNO pun dah nak bungkus – Adnan Yaakob

ADNAN YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi gambaran prestasi parti itu kian merudum susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Perkara itu disebut bekas Menteri Besar Pahang itu menerusi satu rakaman video berdurasi 25 saat yang tular sejak semalam, yang menyatakan UMNO akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

“UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat,” katanya ringkas dalam video berkenaan.

Adnan dilihat berkata demikian selepas hadir ke mahkamah di sini ketika keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Kenyataan Adnan membuat Muhyiddin tercengang dan bertanya: “Macam mana jadi begitu?”

“Banyak ceritanya,” jawab Adnan ringkas.

Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pe­merkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wi­ba­wa) bagi parti itu.

Terdahulu, bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh turut mengulas sama kekalahan UMNO dan mahu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada PRN di enam negeri.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan presiden UMNO yang disandangnya di dalam parti itu.

“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya