'UMNO perlu tarik diri dari kerajaan Anwar'

‘UMNO perlu tarik diri dari kerajaan Anwar’

MOHD. YUSOF ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin menunjukkan pengundi Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri tidak mengundi parti itu kerana menolak kerjasama yang dijalankan UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, sebagai tanda memahami sentimen pengundi Melayu berhubung kerjasama UMNO dan DAP itu, UMNO perlu bertindak tegas dan segera dengan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa UMNO ditolak oleh rakyat negara ini terutama orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP.

“Berkawan dengan DAP untung seringgit, rugi sejuta.

“Jika keadaan ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ada kemungkinan besar UMNO akan menjadi parti kecil yang menang hanya belasan kerusi Parlimen gara-gara mahu terus bersama DAP dalam kerajaan untuk tiga atau empat tahun akan datang,” katanya hari ini.

Mohd. Yusof berkata, UMNO perlu segara mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kerajaan atau berdepan kemungkinan UMNO tidak lagi berjaya pada PRU akan datang.

UMNO yang bertanding 108 kerusi hanya menang 19 kerusi DUN, mengalami kekalahan paling memalukan dalam sejarah politik tersebut sejak parti itu ditubuhkan.

Pada masa sama, PH juga merekodkan penurunan dalam jumlah kerusi yang dimenangi berbanding PRN sebelum ini, dipercayai ekoran protes pengundi tegar PH yang menolak kerjasama kerajaan Anwar dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan lebih 40 pertuduhan rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya