TYT Sarawak sudah pulih, masih dalam fasa rehat

TYT Sarawak sudah pulih, masih dalam fasa rehat, tiada keperluan lantik pemangku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sudah pun pulih dan masih lagi rehat berdasarkan laporan terkini pihak hospital, dedah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ujar Abang Johari, keadaan Abdul Taib sebelum ini memang dilaporkan jatuh sakit semasa berada di luar negara ketika bercuti.

“Kita dah buat kenyataan menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Penjelasannya begini, dia dalam tempoh bercuti, dan jatuh sakit di luar negara. Bagaimanapun, keadaannya sekarang sudah pulih dan masih rehat berdasarkan laporan terkini pihak hospital, itu saja dan dia akan balik ke Sarawak,” tegasnya kepada media ketika diminta menggulas status terkini kesihatan Abdul Taib.

Semalam, tular di media sosial satu berita tidak sahih mempaparkan penerbitan satu poster hitam putih tertera nama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud daripada sebuah media tempatan yang melaporkan berita pemergian beliau.

Bagaimanapun, media tempatan tersebut menafikan penerbitan poster terbabit dan mengesahkan ia adalah tidak benar.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam satu kenyataan medianya menjelaskan Abdul Taib telah jatuh sakit semasa berada di luar negara, dan dalam fasa pemulihan.

Hasidah dalam kenyataannya berkata keadaan itu tidak memerlukan pelantikan pemangku bagi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas-tugas rasmi.

“Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya