Tunjukkan bukti keluarga saya terima wang 1MDB - Zeti

Tunjukkan bukti keluarga saya terima wang 1MDB – Zeti

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi soal balas di antara peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjadi sedikit panas apabila bekas Gabenor Bank Negara itu mencabar peguam terbabit menunjukkan bukti bahawa ahli keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

`Kepanasan’ itu tercetus apabila Muhammad Shafee menunjukkan kepada Zeti akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh suami wanita itu, Datuk Dr. Tawfiq Ayman yang antara lainnya menyatakan bahawa beliau (Tawfiq) melucutkan haknya terhadap sejumlah wang dalam syarikat Cutting Edge Industries Ltd yang perlu dipulangkan semula kepada 1MDB.

Kedua-dua individu itu dilihat saling berbalas kata sehingga terpaksa ditenangkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang hari ini bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Muhammad Shafee: Adakah awak tahu bahawa wang yang suami dan anak-anak awak perolehi melalui syarikat Cutting Edge adalah daripada 1MDB?

Zeti: Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai akaun (syarikat) atau wang dalam akaun atau siapa pelaburnya. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan.

Muhammad Shafee: Takkan suami atau anak-anak awak tidak pernah memberitahu mengenai wang…

Zeti: Tunjukkan saya buktinya. Tunjukkan kepada saya aliran keluar wang tersebut (ke dalam akaun syarikat Cutting Edge).

Muhammad Shafee: Bila awak keluarkan kenyataan bahawa ahli keluarga awak tidak pernah menerima wang 1MDB, awak buat kenyataan tersebut tanpa mengetahui mengenai SD ini bukan?

Zeti: Ini kali pertama saya melihat kandungan SD ini. Tetapi SD ini tidak pernah menyatakan mengenai menerima wang (1MDB) tetapi menyentuh mengenai pemulangan wang tersebut kepada pihak berkuasa.

Hakim Sequerah: Tan Sri Zeti, adakah awak masih mengekalkan keterangan bahawa awak tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara ini.

Zeti. Ya, Yang Arif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya