Tunggang motosikal berdiri 1,400km semarak merdeka

Tunggang motosikal sambil berdiri 1,400km semarak merdeka

P. NADARAJAN bakal melaksanakan misi menunggang motosikal sambil berdiri di Ladakh, India pada 27 Ogos sehingga 1 September ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara. – UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Menunggang motosikal sambil berdiri sejauh lebih 1,400 kilometer di laluan tertinggi dunia di India secara solo bukan satu misi mudah, namun tidak mustahil untuk direalisasikan.

Bagi Datuk Seri P. Nadarajan, 60, misi itu menjadi platform untuk mencabar kemampuan diri sekali gus menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan Ke-66 yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Katanya, laluan berbahaya akan direntasi dengan menunggang sambil berdiri motosikal popular buatan India, Royal Enfield dari Srinagar, Kashmir sehingga Umling-La bermula 27 Ogos sehingga 1 September ini.

“Cabaran utama menanti adalah laluan berliku dan tidak rata serta keadaan cuaca yang memungkinkan perjalanan men­jadi sukar.

“Selain itu, banyak pos tentera dan polis yang akan dilalui membuatkan saya perlu sentiasa bersedia dengan dokumentasi diperlukan bagi melancarkan misi solo ini. Saya mohon doa rakyat Malaysia agar perjalanan ini dipermudah,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo me­nyempurnakan gimik pelepasan konvoi di Taman Chai Leng, di sini malam kelmarin.

Nadaran disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi beberapa pencapaian antaranya menunggang sambil berdiri dari Gelang Patah, Johor ke Bukit Kayu Hitam, Kedah sejauh 933 kilometer dalam tempoh 10 jam 45 minit.

Nadaran berkata, beliau mela­kukan aktiviti memanjat bukit setiap hari di Bukit Cherok Tok Kun bagi membina stamina.

“Seawal pukul 4 pagi, saya sudah bangun dan panjat bukit sejauh empat sehingga lima kilometer. Selain persiapan fizikal, yang paling penting adalah kekuatan mental kerana ia tajam membolehkan kita capai apa yang dihajati,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya