Tun Mahathir jangka PN menang di Kedah, Kelantan, Terengganu

Tun Mahathir jangka PN menang di Kedah, Kelantan, Terengganu

Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada pemberita selepas selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit di SK Titi Gajah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap berkeyakinan Perikatan Nasional (PN) akan kekal berkuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Dr. Mahathir beranggapan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pula mempunyai peluang untuk mengekalkan kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Saya yakin, Kedah ini PN boleh menang lagi. Saya fikir kita (PN) ada peluang di Kelantan dan Terengganu dapat kepada PN. 

“Di Selangor, Negeri Sembilan masih ada peluang kepada PH manakala Pulau Pinang PN sukar (untuk menang) sebab tak banyak kawasan yang mereka boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di sini, hari ini.

Mengulas tentang referendum rakyat yang dibangkitkan pemimpin PN, kata Dr. Mahathir, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya PH dan BN mengalami kekalahan dalam pilihan raya berkenaan. 

“Ia (kekalahan PH dan BN) menghantar satu mesej kepada kerajaan Pusat bahawa rakyat mempunyai pendirian. Kalau PH dan BN kalah mereka patut ambil berat tentang penolakan kerajaan ini oleh rakyat.

“Kalau berlaku di peringkat negeri, jadi ada kemungkinan berlaku juga di peringkat Pusat. Tetapi kita harus ingat dahulu UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi kalah teruk seluruh negara, jadi kita tak boleh ambil itu sebagai petanda yang tepat,” katanya. 

Beliau pada masa sama mengulas tentang pelaksanaan peraturan 3R (agama, kaum dan raja) yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang selain mengikat kebebasan calon yang bertanding dalam PRN ini.

“Ini tidak ikut undang-undang. Tak ada undang-undang yang kata kita tak boleh bercakap 3R.

Kalau tak boleh (cakap) ia patut dijadikan sebahagian undang-undang. Rakyat diberitahu tak boleh cakap (tentang 3R). Ini tak adil dan lepas itu ada ugutan kalau cakap akan batal pencalonan, ugutan ini bukan cara demokratik.

“Kalau dulu nak undi tak ada sekatan tentang apa yang nak suarakan tapi sekarang tidak ada lagi kebebasan. Ada undang-undang ka? Tanpa rujuk kepada Parlimen dan tiba-tiba ugut kalau bercakap berkenaan 3R akan diambil tindakan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya