Tujuh klinik kesihatan daif di Melaka siap baik pulih Oktober ini

Tujuh klinik kesihatan daif di Melaka siap baik pulih Oktober ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berbincang dengan Rusdi Abd. Rahman ketika meninjau kawasan seluas 1.82 hektar untuk pembinaan bangunan tambahan KK Bukit Rambai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak tujuh klinik kesihatan (KK) yang diklasifikasikan sebagai daif berusia lebih 30 tahun di Melaka sedang dibaik pulih melibatkan kos bernilai RM3.1 juta.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, kesemua klinik terlibat dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini melainkan Klinik Desa Durian Daun di Alor Gajah.

Beliau berkata, klinik yang sedang dibaik pulih adalah KK Peringgit di Melaka Tengah serta tiga KK di Jasin iaitu Felda Bukit Senggeh, Kemendor dan Umbai.

“Tiga lagi KK di Alor Gajah membabitkan Pekan Alor Gajah, Durian Daun dan Durian Tunggal.

“Kita ada senarai lagi klinik daif yang perlu dibaik pulih termasuk kuarters kakitangan. Senarai ini akan kita kemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) jika ada peruntukan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan tapak bagi pembinaan bangunan tambahan di KK Bukit Rambai di sini, hari ini.

Tambah Rusdi, JKN Melaka juga mengemukakan cadangan kepada KKM untuk peruntukan bagi pembinaan KK baharu iaitu di Sungai Rambai, Bukit Katil, Bukit Rambai, Cheng, Simpang Ampat dan Padang Sebang.

“Permohonan tersebut tidak mengikut keutamaan sebaliknya ia bergantung kepada kepadatan penduduk pada masa itu.

“Dua projek menaik taraf Hospital Melaka sedang rancak berjalan manakala setiap satu pula di Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya