Tubuh pasukan berdedikasi, institusikan kerangka Ekonomi Madani

Tubuh pasukan berdedikasi, institusikan kerangka Ekonomi Madani

NOOR AZLAN GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah pasukan berdedikasi untuk menginstitusikan kerangka Ekonomi Madani bagi memastikan tujuh sasaran utama itu dapat dicapai.

Pengarahnya, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, pasukan tersebut boleh dilantik dalam kalangan individu daripada sektor awam mahu pun swasta, selain diberi mandat untuk melaporkan kemajuan yang dicapai secara berkala kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kena bina (sebuah) pasukan berdedikasi, jangan anggap ini adalah pasukan elit. Pasukan ini seharusnya bekerjasama dengan kementerian, tak boleh tinggalkan kementerian kerana mereka tetap bertanggungjawab.

“Pasukan ini boleh datang dari sektor awam atau swasta, mempunyai kelayakan dan tahu kenapa mereka ada di sana kerana kita mahu lihat perancangan pelaksanaan pantas.

“Ini menjadi agak tidak jelas (kerana) banyak sebenarnya agenda lain (sebelum ini) yang selalu kita dengar tapi tak tahu apa jadi kepada agenda tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar khas Ekonomi Madani: Mencapai Sasaran di sini hari ini.

Pada 27 Julai lalu, Anwar mengumumkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.

Anwar berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, kerajaan bukan sahaja memerlukan sebuah pasukan yang benar-benar berdedikasi tetapi mampu untuk melaksanakan tindakan dengan cara kebersamaan.

Jelasnya, kerangka ekonomi yang diumumkan baru-baru ini adalah sangat baik, konsisten dan menepati apa yang diperlukan untuk memajukan negara.

“Pengalaman ketika era Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dahulu ada Jawatankuasa Pemandu, kita tahu ada beberapa perkara yang tak elok tetapi ketika itu mereka mempunyai sebuah pasukan yang berdedikasi untuk bekerjasama dengan kementerian.

“Bagi saya kerangka ekonomi Madani ini sangat baik, menepati apa yang kita perlukan, konsisten dengan lain-lain untuk majukan negara cumanya kali ini pertaruhan besar kita adalah kita nak menyaksikan pelaksanaan itu berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya