Trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak meningkat

Trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Kesihatan mendedahkan  Malaysia kini menduduki tempat kedua tertinggi bagi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Asia Tenggara.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, penemuan ini amat membimbangkan kerana ia menunjukkan trend yang semakin meningkat dalam kelaziman berat badan berlebihan, obesiti dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

“Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peningkatan prevalen berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun daripada 24.6 peratus pada 2012 kepada 30.5 peratus pada 2022.

“Kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan seperti diabetes dan hipertensi apabila dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Projek Intervensi C-Hat di Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuching di sini hari ini.

Mengenai program berkenaan, Lukanisman berkata ia adalah salah satu aktiviti yang diluluskan dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pemakanan di bawah Strategi 5 yang menyokong program atau intervensi pemakanan berasaskan komuniti dan inovasi penyelidikan untuk meluaskan jangkauan dan memaksimumkan impak pemakanan.

“Ia berpandukan model intervensi komprehensif yang merangkumi pemakanan, aktiviti fizikal, dan senaman, kesihatan mental dan komponen psikologi.

“Sebanyak 49 sekolah di 10 negeri melibatkan kira-kira 2,427 pelajar akan menyertai program intervensi ini,” ujarnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melancarkan Program Intervensi Sekolah C-HAT di seluruh negara.

C-HAT adalah singkatan kepada ‘Cara Hidup Anda Terbaik’, yang merupakan satu inisiatif untuk menangani isu obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.

Program ini sedang dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu (UNICEF).

Beliau juga berkata program itu bertujuan bagi mencontohi kejayaan Program Smart Fit Weight Management yang dilaksanakan di beberapa sekolah di Perak dan Pulau Pinang serta Program Kurang Obesiti di Johor.

“Saya menaruh harapan besar agar program ini berjalan lancar, mencapai objektif yang digariskan dan akhirnya membawa impak yang boleh kita semua banggakan.

“Saya juga berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang sepadu dan sokongan padu bagi pelaksanaan program ini.

“Kerjasama padu antara KKM, KPM, pengetua sekolah, guru, PIBG dan ibu bapa adalah penting dalam menentukan kejayaan program intervensi ini,” katanya.

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya