Tolak sentimen politik Melayu 'memusuhi' Cina - Loke

Tolak sentimen politik Melayu ‘memusuhi’ Cina – Loke

ANTHONY Loke ketika hadir pada Ceramah Perdana di Salak Tinggi @ Sungai Pelek di BBST Walk, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sentimen politik pihak pembangkang yang mahu mereka memusuhi kaum Cina.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, rakyat negara ini yang hidup majmuk dengan harmoni sewajarnya menolak bentuk kempen perkauman jelik sedemikian.

“Saya pelik pihak lawan selalu main sentimen Melayu mesti bermusuhan dengan Cina dan sebaliknya, walhal saya dengan tegas menyatakan kami (DAP) tiada niat sebegitu pun.

“Melayu bukan musuh kaum Cina dan sebaliknya, kita kena tolak politik sempit berbaur rasis sebegini,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana @ Sungai Pelek di sini lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, Loke memberikan contoh dirinya itu sendiri sebagai Ahli Parlimen Seremban yang majoriti pengundinya ialah Melayu namun tidak ada pun masalah timbul.

“Saya hairan tiada isu Cina tidak boleh jadi wakil rakyat di kawasan Melayu sebab kita mesti berkhidmat kepada semua kaum,” kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu.

Beliau dipercayai merujuk kempen minggu terakhir PN yang mula mempertikaikan kerusi Sungai Pelek ditandingi calon PH, Lwi Kian Keong di kawasan majoriti pengundi Melayu, sedangkan wakil DAP itu merupakan anak jati yang pernah berkhidmat sebagai ketua kampung dan ahli Majlis Perbandaran Sepang.

Justeru, Siew Fook menyeru pengundi mempertahankan politik muafakat dengan semua kaum boleh duduk bersama demi kestabilan negara yang memberi kesan kepada rakyat.

Tambahan pula, Kerajaan Perpaduan dibentuk atas titah Yang di-Pertuan Agong akhir tahun lalu turut disertai Barisan Nasional (BN) dan berpengalaman luas mentadbir negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN