Persatuan Pengkarya Dan Pencinta Seni Tinta Karya Tangkak (Tinta Karya) baru-baru ini melancarkan tiga buah buku terbitan persatuan itu yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, Sahrihan Jani di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Bukit Gambir
Tiga buah buku yang dilancarkan itu ialah Antologi Pantun: Sesejuk Rimba Ledang; Antologi Puisi Kemerdekaan: Teguh Bersama dan Antologi Puisi Khas Amazing Tangkak 2022: Tangkak Di Hati.
Katanya, mereka merupakan pejuang kental seni yang bersemangat menggarap karya dalam bentuk penulisan untuk manfaat khalayak pembaca serta menyumbang sesuatu kepada negara.
“Generasi muda khususnya golongan pelajar wajar mencontohi semangat penulis untuk terus berjaya dalam dunia seni malah dalam bidang yang akan diceburi satu hari nanti,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri
Pengerusi Tinta Karya, Datuk Ab Ghafar Nin; Penasihat Tinta Karya, Prof Madya Dr. Zaleha Kassim; 22 pelajar Tingkatan Enam SMK Bukit Gambir bersama guru pengiring mereka.
Pada majlis itu turut diadakan sambutan kibar Jalur Gemilang sempena kemerdekaan ke-66 dan Baca Puisi Santai oleh ahli Tinta Karya, guru dan pelajar yang hadir. Dr Zaleha turut memberi penerangan mengenai inovasi teknologi pertanian Akuatani – Sistem Menegak Tanpa Tanah. –utusan