Tingkat kualiti rawatan rehabilitasi untuk OKU - KKM

Tingkat kualiti rawatan rehabilitasi untuk OKU – KKM

LUKANISMAN AWANG SAUNI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) komited menjalin kerjasama dengan beberapa kementerian lain dalam usaha menyediakan khidmat rawatan rehabilitasi yang lebih efisien kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di bawah program yang sama di Hospital Rehabilitasi Cheras ( HRC).

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pusat rehabilitasi seperti HRC wajar dikembangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan OKU mampu mendapatkan perkhidmatan rawatan terbaik. 

“Sudah pasti kita akan bekerjasama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya juga lihat perkara ini dapat dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan. 

“Ini kerana mereka mempunyai saringan awal seperti dapat mengenal pasti kanak-kanak yang kurang upaya dan yang mungkin mengalami kemalangan serta kecacatan yang memerlukan mereka untuk mendapatkan rawatan di HRC.

“Jadi, ini bukan hanya dari kami, tetapi kita akan libat uruskan kepada semua kementerian. Saya juga rasa ia tidak terhad kepada kementerian pendidikan dan kebajikan, tetapi kepada Kementerian Sumber Manusia ( KSM), katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik HRC, di sini, hari ini. 

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. 

Kata Lukanisman, KKM berharap kerjasama penuh dapat diberikan oleh KSM berhubung perkara berkenaan.

“Mungkin ada dalam kalangan pekerja-pekerja yang memiliki anak-anak yang tidak berkeupayaan dan boleh menghantar anak-anak mereka ke sini. 

“Semua usaha ini terdapat dalam tonggak-tonggak yang ada dalam Kertas Putih dan kita akan kembangkan lagi pusat rehabilitasi seperti ini,”katanya. 

Katanya,  jika keupayaan kewangan negara lebih baik, KKM juga bercadang menambah pengoperasian HRC di negeri dan wilayah-wilayah lain. 

“Kita kena akui bahawa pengoperasian HRC masih lagi dalam proses untuk dikembangkan. Buat masa ini, kita tumpu di HRC Cheras. 

“Jika ada keupayaan kewangan negara yang lebih baik, kita harap dapat meningkatkan program-program ini ke wilayah-wilayah dan negeri lain.  Kita akan mengkaji keperluan untuk menyediakan perkhidmatan rehab ini dari segi fasiliti kesihatan dan sabagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya