Tindakan keras tukar label beras

Tindakan keras tukar label beras

TINDAKAN keras mana-mana pihak melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pengilang, pemborong dan peruncit diberi amaran tegas untuk tidak melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI).

Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak didapati membuat kesalahan memalsukan gred beras di bawah Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras (Akta 522).

“Bagi kesalahan individu, mereka boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM50,000,” katanya hari ini.

Terdahulu, KPKM menegaskan, pihaknya memandang serius video tular berkaitan dakwaan penipuan oleh pemborong beras tempatan yang membungkus semula kampit beras tempatan menjadi bungkusan kampit beras import yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan.

Jelas kementerian itu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan padi dan beras dilaksanakan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) selain KPKM di bawah Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“KPKM melalui KPB berkolaborasi secara strategik bersama Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui OP JAMIN yang dilancarkan pada 7 Julai lalu.

“Sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 925 pemeriksaan dilaksanakan secara bersama-sama antara KPKM dan KPDN di seluruh negara bagi memastikan kestabilan bekalan BPT sentiasa terjamin,” jelasnya.

Katanya, KPKM akan turut melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang dilaksanakan mulai hari ini dengan memberi fokus pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas kilang padi (komersial) dan pemborong beras.

Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya