Tiket bas ke lima negeri terlibat PRN habis

Tiket bas ke lima negeri terlibat PRN habis

ORANG awam beratur di hadapan kaunter tiket berpusat dekat Terminal 17 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Umpama hendak pulang beraya apabila tiket bas bagi perjalanan dari negeri ini menuju ke Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya negeri (PRN) habis dijual.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedua-dua terminal bas antara negeri di Klang Sentral dan Terminal 17, Shah Alam mendapati tiada lagi jualan bagi perjalanan ke negeri-negeri berkenaan pada 11 Ogos ini.

Penjaga kaunter di Terminal Klang Sentral ketika ditemui pemberita berkata, selain terminal bas utama, tiket bas ke beberapa lokasi hentian seperti Jitra, Jeli, Bukit Mertajam, Dungun dan lain-lain lokasi turut juga habis.

“Ramai orang mula beli tiket bas ke kesemua lokasi ini sejak 1 Ogos lalu, sama ada datang ke kaunter atau beli secara dalam talian. Sekarang ini yang tinggal hanya tiket bas hari ini (Selasa), esok (Rabu) dan Khamis,” katanya semalam.

Sementara itu, penjual tiket di Terminal 17 yang hanya dikenali Salmah berkata, dianggarkan lebih 20 trip bas yang bermula dari terminal bas itu ke terminal bas utama lima buah negeri itu pada Jumaat ini.

Menurutnya, perjalanan paling paling awal bermula 8.30 pagi sehingga 10 malam.

“Saya nasihatkan semua penumpang untuk datang awal bagi mengelak bas bergerak lewat, seperti yang diaturkan oleh syarikat bas berkenaan.

“Tiket bas untuk ke Terminal 17 tinggal sedikit sahaja dan harap orang ramai yang hendak ke Shah Alam menaiki bas beli tiket secepat mungkin,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya