SIK: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menang besar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti 14,824 undi.
Sanusi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperolehi sebanyak 20,211 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim yang mendapat 5,387 undi.
Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu diumumkan akan terus dicalonkan sebagai Menteri Besar Kedah oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. –UTUSAN